
Bangunan Bersejarah:
1.Maritime Muzium

- Kenali kapal-kapal bersejarah zaman Kesultanan Melaka dan Portugis di muzium ini. Tarikan utama di sini merupaka replica kapal Flor de la Mar (Flower of the Sea) yang mengikut sejarah telah karam di perairan Sumatra.
Bayaran Masuk: RM5 Dewasa (MYKAD) dan RM3 Kanak-Kanak (MYKID).
Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.30 petang
2.The Stadthuys

- The Stadthuys mercu tanda yang sinonimus dengan Melaka ini siap didirikan pada tahun 1660 dan dipercayai bahawa bangunan ini adalah bangunan kerajaan belanda yang tertua di Asia Tenggara. Mengikut sejarah The Stadthuys ini merupakan tempat pentadbiran kerajaan Belanda di negeri Melaka pada zaman penjajahan Belanda.
- Mempunyai Muzium Sejarah dan Etnografi - dibahagikan kepada 2 tingkat di mana di tingkat pertama memfokuskan kepada sejarah negeri Melaka dari awal kewujudannya pada tahun 1400 hinggalah tahun 1957 ketika mana Malaysia mencapai kemerdekaan. - mempamerkan barangan yang digunakan dalam sesebuah majlis perkahwinan dahulu kala, peralatan muzik klasik, koleksi barangan porselin purba, senjata, matawang dan sebagainya!
Bayaran Masuk: RM5 Dewasa dan RM2 Kanak-Kanak
Waktu Beroperasi: Isnin - Ahad (9.00am- 5.30pm)
Lokasi: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
3.Muzium Cheng Ho

- Muzium ini di buka khusus untuk mempamerkan sejarah Laksamana Cheng Ho dan menceritakan kisah penjelajahan beliau merentasi laut dalam usaha mencari dunia baru. Di sini anda dapat melihat kebijaksanaan beliau dan bagaimana dia berani mejelajah sampai ke Australia dan New Zealand menaiki kapal.
- Selain daripada itu di Muzium Cheng Ho juga terdapat pameran seperti model kapal laut, tulisan kaligrafi,dan peralatan music traditional. Muzium ini terletak berhampiran dengan Jonker Street.
Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM10
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)
Alamat: 51 Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka
4.Muzium Kesultanan Melayu Melaka
- Datang dan lihat sendiri kehidupan harian penduduk istana di Muzium Kesultanan Melayu Melaka. Di sini anda dapat melihat apa yang terkandung dibelakang dinding istana dan mempelajari tentang adat istiadat Kesultanan Melayu. Istana ini dibina dengan cara tradisional bagi mengekalkan ciri-ciri unik sejarahnya.
Bayaran Masuk: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2 Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.30pm) Alamat: Jalan Kota, 75000 Melaka, Malaysia
5.Kota A Famosa
![]() |
Add caption |
- Kota A Famosa (bermaksud “Yang Termashur” dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.
- Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Bayaran: Percuma
Waktu Operasi: Setiap hari
Alamat: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka
6.Gereja St. Paul
- Gereja St.Paul dibina oleh seorang Kapten Portugis bernama Duarte Coelho pada tahun 1521 dan menjadikan ia bangunan gereja tertua di Malaysia dan Asia Tenggara.
- pernah menjadi gudang simpanan Melaka

Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Setiap hari
Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
7.Muzium Warisan Baba Nyonya
- Muzium Warisan Baba Nyonya mempamerkan sejarah tempatan etnik campuran Cina-Melayu dipanggil Baba-Nyonya atau Peranakan di Melaka.
- Muzium yang telah ditubuhkan pada tahun 1986 oleh Chan Kim Lay, meletakkan generasi keempat keluarganya untuk tinggal di rumah besar ini yang dibangunkan oleh moyang lelaki beliau pada tahun 1896 di Jalan Tun Tan Cheng Lock, jalan yang juga dikenal sebagai "Barisan Milik Jutawan" kerana rumah-rumah mewahnya.
Bayaran masuk: Dewasa RM16 | Kanak-kanak RM11
Waktu Operasi: Isnin- Khamis (10am-5pm) Jumaat-Ahad (10am-6pm)
Alamat: 48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka
saya nak pergi melaka utk melancong!!!
ReplyDeleteWow cool post thanks for sharing !
ReplyDeletebila mau bawa saya pergi melaka?
ReplyDelete